Di bawah ialah gambar dari Yotel, sebuah hotel
yang direka khas untuk mereka yang kerap transit di lapangan terbang. Ianya
terletak di London Heathrow. Yotel take it a step further dengan membina hotel
di dalam terminal. Idea Yotel muncul apabila pengasasnya melawat Jepun dan
melihat hotel kapsul yang cukup popular di sana. Beliau merasakan ada permintaan
untuk hotel kecil tetapi dilengkapi dengan kemewahan setaraf kabin kelas pertama
kapal terbang. Hasilnya ialah Yotel. Bilik kecil tapi dilengkapi dengan kesemua
benda yang dikehandaki oleh pelanggan mereka seperti WIFI percuma. Bilik-bilik
Yotel boleh disewa mengikut jam dan anda juga boleh menyewa dengan menggunakan
kiosk automatik yang berfungsi 24/7. Tiada waktu tetap check-in dan
check-out.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan