cbmall


Clickbank Affiliate Marketing

Clickbank Promo Tools

Rabu, 25 April 2012

Hukum suami menjilat kemaluan isteri

Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan "oral sex" ini. Jika ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan seks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat kemaluan isteri anda?





Allah SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.


Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut:-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lainAdapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya."

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.


Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.


Kesimpulan

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-


1. Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.

2. Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3. Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia).

4. Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5. Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”.

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membahayakan diri dan masyarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak.

40 Biji Telur Dinasour Ditemui di Rusia

Ahli Geologi di kawasan bergolak Chechnya Rusia telah mencari apa yang mereka yakini sebagai fosil telur dinosaur yang telah diletakkan oleh salah satu reptilia pupus gergasi yang menguasai daratan lebih dari 60 juta tahun lalu.

"Kami telah menemui sekitar 40 telur setakat ini, jumlah belum diketahui," kata Said-Emin Dzhabrailov, seorang ahli geologi di Chechnya State University. "Mungkin terdapat lebih banyak lagi (telur) di bawah tanah."






 

Kisah Berliku Pengislaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka



Nicolas Anelka: Islam Memberikan Kedamaian dan Ketenangan Hidup
 


Nicolas Anelka dan Didier Drogba

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.


Anelka dikenali sebagai penyerang yang sangat produktif dalam mencipta peluang dan menjaringkan gol ke gawang lawan. Pada saingan Liga Inggeris (British Primiership League / BPL) 2008-2009 lalu, Nicolas Anelka menjadi peledak gol terbanyak dengan 22 gol. Jumlah ini lebih banyak berbanding pasangan penyerangnya di Chelsea iaitu Didier Drogba.


Nicolas Anelka dan Didier Drogba merupakan pasangan penyerang yang sangat ditakuti di liga Inggeris. Kedua-duanya dikenali sebagai penyerang yang kehausan gol. Anelka merupakan antara bintang bola sepak dunia.


Di sebalik kegarangannya dalam meledakkan bola ke gawang lawan, Nicolas Anelka mempunyai sikap yang amat dingin dengan orang lain. Dia jarang tersenyum di atas padang. Kadang-kadang rakan-rakannya sering berasa serba salah jika mahu bercakap dengannya. Dirinya sangat fokus dalam permainan.


Di barisan hadapan The Blues (Chelsea), Anelka dikenali sebagai pemain yang amat tenang tetapi begitu garang di depan lawan. Dia juga seorang pemain yang tidak beremosi seperti dahulu lagi. Tidak seperti semasa dia bermain di Real Madrid, Liverpool, Manchester City, dan Arsenal. Ketika itu, lelaki kelahiran Versailles ini dikenali sebagai pemain bola sepak yang suka merajuk dan emosional.


Memeluk Islam


Kini Anelka sungguh berbeza. Anelka di kenali sebagai pemain yang tenang, tidak baran, dan tidak mempunyai masalah di dalam dan di luar padang lagi sejak bermain di Chelsea. Apa sebenarnya yang terjadi terhadap Anelka? Apa yang menyebabkan dirinya semakin bijak mengawal diri? Dalam temubual dengan sebuah media di Inggeris, ketika ditanya tentang perubahan sikapnya, Anelka menjawab dengan bersahaja.


''Islam banyak membantu saya untuk bersikap tenang, menumpukan perhatian dan mempunyai semangat yang tinggi. Saya berasa tenang menjadi seorang Muslim, sebuah agama yang amat tenang dan saya banyak belajar erti kehidpupan dari Islam,'' kata Abdul Salam Bilal Anelka, nama Muslimnya.


Franck Ribery


Sebelum ini Anelka menyembunyikan identiti keislamannya di khalayak awam. Tidak seperti rakannya Franck Ribery, pemain FC Bayern Munich yang berasal dari Perancis, yang selalu berdoa sebelum perlawanan bermula. Anelka mengambil pendirian untuk berdiam diri dan benar-benar menyembunyikan identiti Muslimnya.

''Bagi saya, agama adalah hal peribadi, tidak perlu dihebohkan kepada orang ramai,'' terangnya. Namun sejak kebelakangan ini, ketika orang ramai sudah mengetahui identitinya sebagai seorang umat Islam, Nicolas Anelka tidak menafikannya.

Bilakah Anelka memeluk Islam?

Perpindahannya ke kelab Turki, Fenerbahce, selepas berhijrah dari Manchester City pada tahun 2004, Anelka telah menerima hidayah untuk memeluk Islam. Pemain yang memiliki nama penuh Nicolas Sebastien Anelka ini mengumumkan secara rasmi bahawa dirinya telah menjadi seorang Muslim.

Dilahirkan di Versailles, Perancis, pada 14 Mac 1979, Anelka menghabiskan masa kecilnya di Trappes iaitu sebuah bandar kecil yang terletak di pinggiran barat Paris. Sebelum menjadi seorang Muslim, Anelka adalah seorang ateis (tidak beragama). Dia juga bukan seorang penganut agama Kristian seperti yang dianggap oleh sebahagian orang ramai. Anelka dulunya benar-benar tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Namun di waktu dirinya tidak beragama, Anelka banyak bergaul dan menjalin persahabatan dengan keluarga Muslim. Dari situlah Anelka mula tertarik dengan Islam. ''Saya sudah menjadi seorang Muslim sejak saya berusia 16 tahun,'' katanya di dalam wawancara dengan sebuah majalah Arab, Super Magazine.


Dalam temuramah Anelka bersama majalah FourFourTwo, Anelka mendedahkan alasannya mengapa dia memilih Islam. Bagi Anelka, Islam adalah cara hidup yang paling sesuai dengan dirinya. ''Saya merasa selesa dan tenang dengan agama dan hidup saya ketika ini".


Anelka semasa kanak-kanak

Menganut Islam, diakui penyerang Chelsea ini bahawa Islam banyak membawa perubahan positif di dalam hidupnya. Menurutnya, agama Islam menuntutnya untuk sentiasa bersikap rasional dan positif. Dan perkara inilah yang mempengaruhi sikap tenangnya ketika berada di atas padang. ''Islam banyak membantu saya untuk menjadi seorang yang tenang, fokus terhadap apa yang ingin dilakukan dan mempunyai semangat juang yang tinggi,'' katanya.


Dalam wawancara yang dimuatkan di dalam majalah Match, majalah yang diterbitkan di Perancis, Anelka mendedahkan bahawa Islam adalah sumber kekuatannya di dalam mahupun di luar padang. ''Saya menjalani karier dan kehidupan yang sukar sebelum ini. Saya mencari-cari kedamaian dan erti kehidupan. Dan akhirnya saya menemui Islam.''


Anelka berkahwin dengan seorang perempuan berbangsa Belgium, Barbara Tausia, pada 9 Jun 2007 di Marrakech, Maghribi. Anelka merancang untuk menetap di UAE selepas bersara nanti. Selain bermain bola sepak, Anelka juga meminati dan bermain tenis dan beliau juga pernah berlakon dalam filem berjudul ''Le boulet'' sebagai pemain bola sepak bernama Nicolas.


Tetap berpuasa


Sebagai seorang pemain bola sepak profesional dan penganut agama Islam yang taat, kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan tidak membebankan Anelka untuk tetap menjalankan aktivitinya di padang bola sepak. Seperti kebanyakan pemain bola sepak Muslim yang lain, Anelka tetap berusaha menjalankan ibadah puasa.


Dalam wawancara dengan majalah FourFourTwo, Anelka mendedahkan bahawa sebagai seorang Muslim yang taat, dia wajib menghormati bulan Ramadhan dengan menjalankan kewajipan puasa. ''Sebenarnya puasa bukanlah perkara yang sukar untuk dijalankan. Saya pernah melakukannya pada tahun-tahun yang lepas. Namun dalam beberapa kali Ramadhan, saya mengalami dua atau tiga kecederaan. Hanya sebab ini yang membuatkan saya tidak berpuasa.''


Bersyahadat di Fenerbache


Sejak menyatakan bahawa dirinya sudah memeluk agama Islam tahun 2004, Anelka telah mempunyai nama Islam iaitu Abdul Salam Bilal Anelka. Diyakini perpindahan Anelka kepada agama Islam ini berlaku ketika dia bermain bersama kelab gergasi Turki, Fenerbahce.
Anelka menyarung jersi Fenerbahce

Nama Anelka melonjak naik semenjak bermain untuk Arsenal. Kemudiannya Anelka berpindah ke Real Madrid tahun 1999 dengan nilai perpindahan 22.3 juta pound. Kemudian Anelka kembali lagi ke kelab asalnya, Paris Saint-Germain dengan nilai perpindahan sebanyak 20 juta pound.


Meskipun selesa di Paris, Anelka kembali ke Liga Perdana Inggeris untuk bermain dengan Liverpool dengan status pemain pinjaman. Selepas itu, dia berpindah ke Manchester City dengan nilai perpindahan 13 juta pound pada awal musim 2002-2003. Setelah bersama tiga musim dengan Manchester City, Anelka berpindah ke Fenerbahce. Di kelab Turki inilah, Anelka mengucapkan dua kalimah syahadat. Selepas itu Anelka kembali lagi ke Lige Perdana Inggeris. Anelka menyertai Bolton Wanderers yang membelinya dari Fenerbache dengan nilai perpindahan 7-8 juta pound. Kemudian pada musim 2008/2009, Anelka berpindah ke Chelsea dengan nilai 15 juta pound.

Biodata Anelka
Nama Penuh: Nicolas Sebastien Anelka

Nama Muslim: Abdul Salam Bilal Anelka

Tempat Lahir: Versailles, Perancis

Tarikh Lahir: 14 Mac 1979

Isteri: Barbara Tausia

Kelab Sekarang ini: Chelsea FC

Masuk Islam: 2004

Kerjaya Profesional:

1. Paris Saint-Germain/PSG (Perancis)

2. Arsenal (Inggeris)

3. Liverpool (Inggeris)

4. Real Madrid (Sepanyol)

5. Manchester City (Inggeris)

6. Fenerbahce (Turki)

7. Bolton Wonderes (Inggeris)



Madame Tussauds Museum

Madame Tussauds adalah sebuah museum lilin terkenal di London, Inggris, dengan cabang-cabang di beberapa kota besar di dunia. Museum ini pertama kali didirikan oleh pematung lilin Marie Tussaud.

Marie Tussaud (lahir 1761, wafat 1850), lahir sebagai Marie Grosholtz di Strasbourg, Perancis. Ibunya bekerja sebagai pembantu rumah tangga untuk Dr. Phillippe Curtius, seorang dokter yang mahir dalam pembuatan patung lilin. Curtius mendidik Tussaud dalam seni patung lilin. Di tahun 1765, Curtius membuat patung lilin Marie-Jeanne du Barry, selir dari Raja Louis XV dari Perancis. Cetakan dari patung tersebut adalah benda tertua yang masih ada dari sejarah museum patung lilin ini.

Pameran pertama dari karya lilin Curtius diadakan tahun 1770 dan menarik perhatian banyak orang. Pameran tersebut pindah ke Palais Royal di Paris pada tahun 1776. Curtius membuka tempat kedua untuk karya² ini di Boulevard du Temple pada tahun 1782 dengan nama “Caverne des Frands Voleurs”, asal muasal dari bagian museum yang dikenal saat ini sebagai Chamber of Horrors (arti harafiah Kamar Horor).

Tussaud membuat patung lilin pertamanya, yaitu patung Francois Marie Arouet de Voltaire, atau yang lebih dikenal hanya dengan Voltaire, di tahun 1777. Tokoh²h terkenal lainnya yang dipatungkannya antara lain Jean Jacques Rousseau dan Benjamin Franklin. Selama Revolusi Perancis ia membuat penutup wajah jenasah bagi para tokoh yang menjadi korban. Ia rela untuk mencari kepala² para korban yang terputus ini di tengah² timbunan jenasah agar bisa menyelesaikan penutup wajah jenasah ini dengan sempurna.

Ketika Curtius meninggal di tahun 1794, ia meninggalkan koleksi patung-patung lilinnya pada Tussaud. di tahun 1802, Marie Tussaud pindah ke London. Sebagai konsekwensi Perang Inggris-Perancis, ia tidak bisa kembali ke Perancis sehingga untuk hidup ia harus berkeliling Inggris dan Irlandia memamerkan karya-karyanya. Sekali waktu karya-karyanya itu pernah dipamerkan di Lyceum Theatre. Ia akhirnya memiliki tempat pameran permanen buat karya-karyanya di Baker Street, London, di tahun 1835 (di tempat yang disebut “Baker Street Bazaar”).

Salah satu atraksi utama museum Tussaud adalah “The Chamber of Horrors”. Bagian eksibisi ini menampilkan sebagian korban Revolusi Perancis dan juga patung-patung para pembunuh dan penjahat lainnya. Nama ruangan ini diberikan oleh seseorang dalam majalah Punch di tahun 1845.

Tokoh-tokoh terkenal lain kemudian mulai ditambahkan dalam ruang pameran, termasuk Horatio Nelson dan Sir Walter Scott. Beberapa patung lilin yang dibuat oleh Tussaud sendiri masih ada hingga hari ini. Di tahun 1842, ia membuat patung lilin dirinya sendiri yang sekarang dipajang di pintu masuk utama museumnya.

Museum Madame Tussaud pindah ke alamatnya kini di Marylebone Road pada tahun 1884. Di tahun 1925 kebakaran menghancurkan banyak dari patung-patung yang ada, tapi cetakan-cetakan mereka berhasil diselamatkan sehingga patung-patung lilin bersejarah tersebut bisa dibuat lagi.

Museum lilin Madame Tussaud kini telah berkembang menjadi sebuah tujuan wisata di London, berdampingan (hingga baru-baru ini) dengan London Planetarium di sisi baratnya. Museum ini telah memiliki cabang di Amsterdam, Las Vegas, New York City, Hongkong, Shanghai, Hollywood-Los Angeles, dan Washington D.C. Kini, patung-patung lilin Madame Tussauds terdiri atas tokoh-tokoh sejarah, keluarga kerajaan, bintang film, atlet tenar dan tokoh-tokoh kriminal yang tenar. Museum Madame Tussauds saat ini dimiliki oleh sebuah perusahaan wisata bernama Merlin Entertainments setelah mengakuisisi Tussauds Group pada bulan Mei 2007.










Lukisan Panda Pada Sehelai Rambut

Pelukis spesialis ukuran mikro dari China, Jing Ying Hua, telah berhasil melukis gambar seekor panda raksasa pada sehelai rambut manusia. Menggunakan sehelai bulu kelinci sebagai kuas, seniman unik ini membutuhkan waktu 10 hari untuk menciptakan masterpiece mininya.

Lukisan itu kini dipajang di sebuah galeri, dan pengunjung yang ingin melihat karya seni mungil itu harus rela antri untuk melihatnya melalui mikroskop.

Walau tetap merupakan karya yang luar biasa, namun lukisan mikro bukan barang baru di dunia seni. Pelukis lain seperti Valeriy Dvoryanov dari Rusia juga pernah menciptakan lukisan cat minyak bergambar orang-orang terkenal dengan kanvas biji-biji poppy dan butir-butir padi.

Karyanya yang paling besar adalah lukisan kapal Titanic yang dibuat tahun 2003 pada potongan mineral sepanjang 2 milimeter.

Salah satu karyanya dihiasi tulisan berbunyi: "I have loved the sun all my life and always wanted to paint the sun." Seluruh kalimat ini ditulis menggunakan huruf-huruf yang lebarnya tidak lebih dari satu milimeter, dilukis menggunakan sehelai rambut manusia yang dipertajam.

Pada tahun 2002, artis mikro lain, Willard Wigan, menghabiskan waktu satu bulan untuk merancang, mengukir, dan melukis sosok Muhammad Ali bertarung melawan Sonny Liston pada pangkal peniti.

Kolesi Wigan lainnya termasuk lukisan Snow White and the Seven Dwarfs, Tower Bridge, dan Jesus - masing-masing ditorehkan di ujung sebuah jarum.

Beginilah Cara Malaikat Maut Memberitahu Ajal Kita

Sebagian Para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut Nyawa. “Tidakkah Kau memberikan Aba-aba atau peringatan kepada Manusia bahwa kau datang sebagai malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih hati-hati?”

Malaikat itu menjawab. “Demi Allah, aku sudah memberikan aba-aba dan tanda-tandamu yang sangat banyak berupa penyakit, uban, kurang pendengaran, penglihatan mulai tidak jelas (terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahwa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang aba-aba tadi ia tidak segera bertobat dan tidak mempersiapkan bekal yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya: “Bukan kah aku telah memberimu banyak aba-aba dan peringatan bahwa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah, aku adalah peringatan terakhir, setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya “ (HR imam qurthubi)

Beginilah cara kerja Malaikat Maut
Nabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunya dua mata diwajahnya dan dua lagi tengkuknya. “Wahai malaikat pencabut nyawa, apa yang kau lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal diwaktu yang sama; yang satu berada di ujung timur yang satu berada diujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor bintang melata pun akan mati?”

Malaikat pencabut nyawa berkata:” Aku akan panggil ruh-ruh tersebut, dengan izin Alloh, sehingga semuanya berada diantara dua jariku, Bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bejana besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku “(HR abu Nu’aim)

Ternyata Orang Mati Mendengar Tapi Tidak Bisa Menjawab
Rosullulloh SAW memerintahkan agar mayat-mayat orang kafir yang tewas pada perang badar dilemparkan ke sebuah sumur tua. Kemudian beliau mendatanginya dan berdiri di hadapannya. Setelah itu, beliau memanggil nama mereka satu-satu: “Wahai fulan bin fulan, fulan bin fulan, apakah kalian mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian untuk kaliab betul-betul ada? Ketahuilah sesungguhnya aku mendapatkan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar-benar ada dan terbukti.”

Umar lalu bertanya kepad a Rosulullah. “Wahai Rasul, mengapa engkau mengajak bicara orang-orang yang sudah menjadi mayat?”

Rosullah menjawab. "Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kalian memang tidak mendengar jawaban mereka atas apa yang tadi aku ucapkan, Tapi ketahuilah, mereka mendengarnya, hanya saja tidak dapat menjawab” (HR Bukhari Muslim)

Telefon Bimbit G-Shock Dari Casio

Dibawah ialah prototype sebuah telefon bimbit G-Shock oleh Casio. Tiada details so far tapi Casio mengatakan telefon bimbit ini kalis air, debu dan diuji untuk tahan hentakan bila dijatuhkan dari ketinggian 10 meter. Ia juga boleh menyelam sedalam 10 meter tanpa masalah. Dari segi rekaan, ramai orang mengatakan telefon bimbit Android ini huduh.. tapi tak kisah la, yang penting korang ade?



Hotel Yang Mewah Lagi Unik Di Lapangan Terbang

Di bawah ialah gambar dari Yotel, sebuah hotel yang direka khas untuk mereka yang kerap transit di lapangan terbang. Ianya terletak di London Heathrow. Yotel take it a step further dengan membina hotel di dalam terminal. Idea Yotel muncul apabila pengasasnya melawat Jepun dan melihat hotel kapsul yang cukup popular di sana. Beliau merasakan ada permintaan untuk hotel kecil tetapi dilengkapi dengan kemewahan setaraf kabin kelas pertama kapal terbang. Hasilnya ialah Yotel. Bilik kecil tapi dilengkapi dengan kesemua benda yang dikehandaki oleh pelanggan mereka seperti WIFI percuma. Bilik-bilik Yotel boleh disewa mengikut jam dan anda juga boleh menyewa dengan menggunakan kiosk automatik yang berfungsi 24/7. Tiada waktu tetap check-in dan check-out.
 


 


Kilang Membuat Implan Payudara

Jurugambar Benoit Tessier melawat syarikat Perancis Sebbin, makmal yang mengeluarkan gel silikon implan payudara. Syarikat tersebut menggunakan kaedah simulasi digital saiz dan bentuk dan struktur "buah dada yang ideal."





Kolam Renang Lutsinar Di Australia

OFTB (Out of the blue) adalah sebuah team arkitek landskap, horticulturists dan pembina kolam renang dalam rumah yang berpangkalan di Melbourne, Australia. Mereka mengintegrasikan reka bentuk landskap sezaman dengan pembinaan yang berkualiti tinggi kolam renang konkrit. Di sini kita mempunyai salah satu ciptaan yang menakjubkan mereka, kolam renang lutsinar dari sebuah rumah di Elsterwick, Melbourne.